Langkau ke kandungan utama

Kadar bayaran tol di semua lebuh raya tidak akan dinaikan selagi kajian mengenai cadangan kenaikan  membabitkan tujuh pemegang konsesi belum diserahkan kepada  Kabinet.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kadar bayaran tol di semua lebuh raya  tidak akan dinaikkan selagi kajian mengenai cadangan kenaikan membabitkan tujuh pemegang konsesi belum diserahkan kepada Kabinet.

"Kita tidak akan menaikkan kadar tol walaupun kadar tol  walaupun selepas 1 Januari depan selagi belum dapat kelulusan jemaah menteri," katanya.

Katanya maklumat mengenai cadangan kenaikan itu sedang di kumpul dan apabila lengkap ia akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapat nasihat dan pandangan sebelum dibentangkan di Kabinet.

Samy Vellu berkata, kementerianya akan memastikan bahawa sebarang keputusan mengenai kadar tol tidak menambah beban pengguna dan pada masa  sama tidak menjejaskan prestasi syarikat konsesi berdasarkan perjanjian sebelum ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kempen keselamatan Jalan Raya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Restoran Jejantas Sungai Buloh , dekat sini semalam.

Mengikut perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) Expressways Berhad, kadar kenaikan tol perlu di kaji semula setiap tiga tahun.

Dalam perjanjian itu juga dinyatakan bahawa kadar kenaikan kadar tol PLUS sepatutnya sebanyak 30 peratus berbanding 10 peratus kenaikan yang diluluskan kerajaan sebelum ini.

Kali terakhir kadar tol Lebujraya Utara-Selatan naik pada 1 Januari 2005, iaitu pada kadar 10 peratus.

Bagaimanapun kadar tol di lima lebuh raya di sekitar Lembah Klang dinaikkan antara 20 hingga 60 peratus atau antara 30 sen dan RM 1 pada 1 Januari tahun ini, selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Lebuh raya itu ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam.,  Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Koridor Guthrie 

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian