Langkau ke kandungan utama

PETALING JAYA - Syarikat Konsesi Lebuh raya Damansara- Puchong (LDP), Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) akan mempertingkatkan usaha memastikan keselamatan pengguna lebuh raya sepanjang musim Perayaan ini.

Ini termasuk memastikan sebanyak 60 peronda sentiaa dalam keadaan bersiap sedia dan meronda sepanjang lebuh raya di bawah seliaannya, Lebuh Raya Damansara ? Puchong (LDP) dan Sprint, kata Pengarah Eksekutif Litrak, Sazally Saidi.

"Tahap keselamatan ketika musim perayaan ini menjadi keutamaan kami. Kami akan menambah kekuatan anggota peronda yang di tugaskan mengikut syif," katanya pada majlis perasmian kempen keselamatan jalan raya Litrak di Kompleks Operasi Litrak di sini semalam. Turut sama penyanyi Dafi dan Diddy.

Pada majlis itu, sebanyak 1,000 beg yang berisi kuih raya dan makanan ringan di edarkan kepada pengguna Litrak dan Sprint selain risalah mengenai keselamatan jalan raya.

Katanya, sepanjang lebuh raya Sprint, seramai 28 anggota peronda akan ditugaskan mengawal laluan sementara di LDP pula, seramai 32 anggota ditugaskan.

"Ia adalah untuk membantu pengguna lebuh raya ketika berhadapan dengan sebarang masalah, seperti kereta rosak atau kemalangan,"katanya.

Sementara itu katanya lagi, petugas jurutol di Litrak dan Sprint tidak akan ditambah, sebaliknya akan bertugas seperti hari biasa.

"Walaupun terpaksa bertugas, saya memberi galakan kepada pengarah setiap jabatan untuk berhari raya bersama mereka pada pagi raya nanti,"ujarnya.  

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo