Langkau ke kandungan utama

PADANG JAWA - Bagaikan melepas batuk di tangga, begitulah kerja-kerja menurap lubang-lubang yang dilakukan secara tidak sempurna di sini.

Menurut penduduk, kerja-kerja menutup lubang di jalan itu pernah dilakukan tetapi berlubang semula tidak lama kemudian.

Akibatnya, pengguna terpaksa menghadapi masalah yang sama semula setiap hari apabila terpaksa mengharung jalan yang berlubang-lubang.

Salah seorang penguna, Abdullah Ismail 45, memberitahu, ada pihak yang datang membaik pulih jalan berkenaan, namun hasil kerja tidak memuaskan.

"Sebelum ini, ada pihak yang datang membaiki jalan tersebut, namun hasilnya amat mendukacitakan kerana kerja-kerja mereka seakan melepas batuk di tangga," ujarnya.

Menurutnya, adakah pihak berwajib hanya akan bertindak jika telah berlaku kemalangan di jalan berkenaan.

"Hampir setiap hari saya menggunakan jalan ini kerana ia merupakan jalan utama untuk ke tempat kerja. Sampai bila kami terpaksa bersabung nyawa dengan kelalaian kerja yang dilakukan pihak berkenaan," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Khairil.

Seorang lagi penduduk, Affendi Alias, 35, mendakwa, lubang besar di jalan tersebut yang sedah berkali-kali ditampal turut menyakitkan mata.

"Apa salahnya jika diturap, turap dengan sempurna bukan bertompok-tompok," keluh Affendi.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, keadaan jalan tersebut membahayakan pengguna terutama kepada penunggang motosikal.

Keadaan lebih merbahaya apabila lubang-lubang tersebut ditakungi air ketika hujan.

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian