Langkau ke kandungan utama

KUALA SELANGOR - Pembinaan pembahagian jalan di sepanjang jalan Klang-Teluk Intan adalah langkah terbaik dalam megurangkan kadar kemalangan kerana ia dapat menghalang penguna jalan berkenaan daripada terus menjadi laluan pembahagi sedia ada sebahagai lorong memotong.

Salah seorang pemandu, Mohd Ruzi Abu Hasan berkata, pembahagian jalan ketika ini yang hanya dipisahkan oleh garisan putih sering disalahgunakan oleh pemandu untuk dijadikan lorong memotong bagi pemandu yang kurang sabar.

"Yang menjadi mengsa ialah penduduk kampung berhampiran yang sering melintas jalan berkenaan, mereka selalu berhenti seketika di pembahagi jalan kerana jalan lebar, jika ada kenderaan menggunakan lorong pembahagian jalan nahas pasti berlaku," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ruzi mendakwa, walau pun ketika Ops Sikap XIII had laju ditetapakn hanya 80 kilometer sejam, masih terdapat pemandu yang memandu melebihi had laju dan menggunakan lorong pembahagian jalan sebagai laluan memotong.

Bagi Haslina Daud pula, pembahagian jalan berkenaan aalah langkah terbaik dalam mengingatkan pemandu dan penduduk sekitar supaya lebih berhati-hati setiap kali menggunakan lalauan berkenaan.

"Keadaan jalan raya begitu sempurna menyebabkan ramai yang suka memecut, tambahan pula jumlah kenderaan yang semakin bertambah, oleh itu pembinaannya amat wajar dijalankan bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Keadaan bertambah bahaya terutama pada waktu malam, ia akan mengundang padah kepada pengguna terutama di laluan yang agak gelap, saya sudah melihat pembahagian berkenaan di binaa di Kapar, saya harap ia akan dapat dibina terus hingga ke Sabak Bernam," ujarnya.

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian