Langkau ke kandungan utama

BANDAR TUN RAZAK - Lampu isyarat yang dibina untuk kemudahan penguna jalan raya di Persiaran Mewah di sini diangap tidak berkesan kerana lalu lintas bertukar menjadi semakin sibuk.

Menurut Ketua Pegerakan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Rizalman Mokhtar, lampu isyarat itu mula diwujudkan sejak pembukaan jalan baru menuju ke Alam Damai.

"Tiga lampu isyarat dibina, pada setiap 50 meter dan pengguna terpaksa menghabiskan masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke simpang empat susur keluar ke Lebuh raya Connaught dan menuju ke Lebuh raya Lingkaran Tengah 2.

"Apa yang menjadi masalah ialah sistem lampu isyarat yang tidak betul kerana hanya beberapa saat, sebelum lampu kembali bertukar merah," Katanya.

Katanya yang telah beberapa kali mendapat aduan dari pengguna, lampu isyarat yang dibina selepas laluan baru dibuka sebagai langkah untuk mengurangkan kesesekan di Lebuhraya, Connaught.

"Langkah itu diangap efektif jika sistem lampu isyarat di sini dikaji semula dan tidak memberi kesan buruk kepada penguna laluan ini.

"Pada pendapat saya, masa lampu hijau dapat dipanjangkan berbanding sekarang yang hanya sepuluh saar dan jika tidak masalah kesesakan di sini tidak ada penghujungnya,"  

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian