Langkau ke kandungan utama

Penuduk Kampung Tasik Permai dan Ampang Campuran dekat sini mendakwa kawasan longkang yang terdapat dikebanyakan laluan utama kini menjadi tempat pembiakan nyamuk akibat tidak diselenggara dengan sempurna oleh peihak yang bertanggungjawab.

Masalah yang dialami penduduk dikatakan semakin meruncing apabila setiap kali hujan air longkang akan melimpah ke kawasan perumahan hingga menyebabkan halaman rumah sebahagian penghuni dipenuhi air yang busuk dan sampah sarap.

Biarpun masalah itu sudah kerap kali disuarakan kepada pihak yang bertangungjawab, namun sehingga kini belum ada sebarang tindakan posotif dilaksanakan.

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian