KL jalan ditutup
Kuala Lumpur 11 Dis. - Lalu lintas di ibu negara sesak teruk pada pagi dan tengah hari ini ekoran tindakan pihak polis mengadakan sekatan di kebanyakan jalan bagi menghalang orang ramai daripada menghadiri satu perhimpunan haram di hadapan bangunan Parlimen.
Perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) itu di jadual berlangsung pada pukul 11 pagi ini.
Menurut kenyataan Polis Trafik Kuala Lumpur, sekatan itu bermula pada pukul 6 pagi sehingga 1 petang ini.