Kementerian sedang merangka dan akan memberikan beberapa pilihan kepada cabinet semasa membentangkan cadangan kenaikan dadar tol bagi kerajaan memilih yang terbaik untuk rakyat.
KADAR tol per kilometer di Malaysia adalah ayng termurah di rantau ini dan setiap kenaikan yang dipertimbangkan kerajaan masih mampu ditanggung pengguna, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamad.
Beliau berkata, kementerian sedang merangka dan akan memberikan beberapa pilihan kepada kabinet semasa membentangkan cadanga kenaikan kadar tol bagi kerajaan memilih yang terbaik untuk rakyat.
"Isu tol ini bukan satu isu berterusan tetapi setiap tiga tahun jika terdapat kenaikan dalam jadual yang ditetepkan ia akan menjadi satu masalah berbangkit," katanya menjawab soalan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.
Mohd Zin menegaskan kerajaan tidak boleh membatalkan perjanjian konsesi lebuh raya kerana tindakan itu boleh membawa impak besar kepada ekonomi Negara berikutan syarikat pemegang konsesi mempunyi permodalan pasaran yang besar.
"Jika kita ambil keputusan supaya tol dibatalkan, contohnya ia tentu akan melibatkan prestasi kepada sayarikat (konsesi) yang disenaraikan dalam Brusa Malaysia dan PLUS (Projek Lebuh Raya Utara Selatan) merupakan satu syarikat yang mempunyi permodalan pasaran yang terbesar dalam Brusa," katanya.
Beliau berkata, perjanjian itu juga melibatkan pinjiman yang memerlukan syarikat konsesi memperoleh pulangan besar utnuk membayar balik pinjaman kepada pelabur.
Kepada soalan Datuk Markiman Kobiran (BN Hulu Langat) yang membangkitkan isu pembinaan lebih banyak jalan alternative ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, Mohd Zin berkata, hamper RM18.7 bilion diperuntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) bagi tujuan itu.
"Selain itu, terdapat juga jalan-jalan baru sebagaimana yang diumumkan kerajaan dlam Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Wilayah Pembagunan Iskandar dan saya percaya dan yakin akan melibatikan Wilayah Pembangunan Sabah dan Sarawak," katanya.
Terdahulu, kepada soalan Raja Ahmad Zainuddin, beliau berkata, kerajaan membayar pampasan berjumlah RM537.11 juta. Bagi pengambilan tanah untuk pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan yang dilakukan secara berperingkat mulai 1980 hingga 1988.
Lebuh raya sepanjang 823 kilometer itu melibatkan keluasan tanah 10,000 hektar atau 20,000 lot, membabitakan negeri Kedah, Pulau Pinang Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.