Gabem yakin agihan projek jambatan Pulau Pinang adil
GEORGETOWN: Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Pulau Pinang yakin UEM Builders Bhd (UEM Builders) akan menyerahkan 30 peratus daripada kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang kepada kontraktor Bumiputera.
Keyakinan itu bersandarkan kepada jaminan diberikan Pengarah Urusan UEM Builders, Datuk Ridza Abdoh Salleh kepada Pengerusi Gabem Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ibnihajar, bulan lalu.