Tanah runtuh: Lebuh raya sesak teruk
KUALA KANGSAR 22 Nov. - Tanah runtuh di Kilometer 64, Jalan Taiping-Kuala Kangsar di sini pagi ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua arah Lebuh Raya Utara-Selatan.
Lokasi kejadian itu yang betul-betul bersebelahan dengan lebuh raya berkenaan iaitu di KM231.6 telah memaksa satu lorong lebuh raya tersebut ke arah selatan ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.
Jalan Taiping-Kuala Kangsar turut ditutup untuk semua kenderaan akibat kejadian itu.