KUALA LUMPUR – Kesejahteraan warga kerja bukan sekadar tanggungjawab individu, malah merupakan keutamaan bersama dalam membentuk persekitaran kerja yang positif, harmoni dan saling menyokong.
Selaras dengan Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) Tahun 2026, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KKR meneruskan inisiatif Program Walkabout Kesejahteraan Warga Kerja KKR Siri 3 sebagai usaha mendekati warga kerja melalui pendekatan yang lebih santai, mesra dan bersahaja.



















