Rangka cadangan elak kenaikan tol membebankan | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Kadar tol setiap kilometer lebuh raya di negara ini masih dikategorikan termurah dirantau ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata kerajaan akan mempertimbangkan cadangan kenaikkan tol lebih dahulu supaya kenaikannya tidak membebankan pengguna.

Menurutnya, kementerian juga sedang merangka dan akan memberikan beberapa pilihan supaya kerajaan dapat memilih cadangan terbaik kadar tol yang tidak membebankan  pengguna.

"Kerajaan tidak boleh membatalkan perjanjian konsesi lebuh raya kerana tindakan itu boleh memberi impak besar kepada ekonomi  negara.

"Jika kita ambil keputusan supaya tol dibatalkan, contohnya, ia tentu akan membabitkan prestasi kepada syarikat (konsesi) yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan Plus (Projek Lebuh raya Utara Selatan) adalah satu syarikat yang mempunyai permodalan pasaran yang terbesar dalam Bursa," katanya.

 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro