Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Jalan baru atasi kesesakan Lebuh Raya KL - Seremban

Kuala Lumpur - Kerisauan beratus-ribu pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban dan sekitar Lembah Klang yang selama ini berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk bakal diatasi.

Ini kerana Lebuh Raya Kuala Lumpur - Putrajaya (KLP) yang dirancang mengatasi masalah itu selain memendekkan masa perjalanan ke ibu kota dan Putrajaya serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dibuka kepada umum tidak lama lagi.

All systems go for RM3b bridge

GEORGE TOWN: Much of the preparatory work on the construction of the RM3 billion second Penang Bridge project has been completed. 

China Harbour Engineering Company (CHEC) - the main contractor for the project -- said soil investigation work, which started in August, would be completed by the end of the month.

The company also completed the topography surveys and underwater survey work in September and October.

Sektor ekonomi perlu sedia kurang pergantungan subsidi - Najib

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kerajaan mahu semua sektor ekonomi termasuk sektor pembinaan bersedia untuk mengurangkan pergantungan mereka terhadap subsidi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana subsidi menjejaskan ekonomi dan menyebabkan syarikat-syarikat tempatan menjadi begitu selesa dan tidak mampu bersaing di peringkat global.

Beliau berkata, sektor pembinaan seperti industri lain pasti akan menerima impak jika kerajaan mengurangkan atau menghapuskan subsidi, maka mereka perlu bersiap sedia.

JKR tidak ambil alih projek tertangguh

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerjaraya tidak akan mengambil alih projek pembangunan atau pembinaan infrastruktur kementerian lain yang tertangguh selagi semua semua projek pembangunan yang diamanahkan kepadanya tahun ini selesai. 

Menterinya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata sehingga Oktober lalu, kementeriannya sudah membelanjakan 74.6 peratus daripada peruntukan RM3.7 bilion bagi tahun ini yakin bakinya dapat dihabiskan menjelang akhir tahun kerana kebanyakan projek kini pada peringkat akhir. 

Kos Istana Negara RM650 juta

KUALA LUMPUR. - Kos pembinaan kompleks Istana Negara yang baru kini bernilai RM650 juta, meliputi beberapa kerja-kerja tambahan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd. Zin Mohamed berkata, Perubahan harga berlaku kerana kos asal tidak melibatkan kerja-kerja seperti tanah, pembinaan jalan, persimpangan bertingkat, kuarters pekerja istana dan tempat letak kereta bawah bangunan.   

Tiada plaza kutipan tol

BAYARAN SECARA ELEKTRONIK MENGGUNAKAN TAG KHAS

PETALING JAYA: Plaza tol tidak akan wujud lagi di Lembah Klang apabila sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (ML-FF) dilaksanakan menjelang akhir tahun depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu.

Melalui sistem ini, bayaran tol akan ditolak secara elektronik apabila kenderaan yang menggunakan tag khas melepasi palang yang dipasang dengan alat pengesan.

Rakyat syukur tol tidak naik

Rakyat bersyukur selepas beberapa lama berada dalam kegelisahan mengenai kemungkinan kadar tol  dinaikkan menjelang Januari ini, Kenyataan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, kelmarin bahawa lebuh raya utama tidak dinaikkan tol melegakan sebilangan besar rakyat negara ini.

Kerajaan perlu bersungguh-sungguh memikirkan kaedah terbaik bagi menangani isu kenaikan kadar tol ini. Benar, untuk tahun depan kita semua terselamat daripada kenaikan tol pada tahun berikutnya?

Abdullah: Strive to be top 10 in international surveys

KUALA LUMPUR: Malaysia should strive to be ranked in the top 10 in surveys by international agencies. 

Making the call last night, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said Malaysia was now often ranked between the 20th and 30th spot in various surveys, which he described as not good enough.

"Our expertise and efficiency will determine our standing. These surveys have their own yardstick and we will be ranked whether we like it or not," he said at the Public Sector Quality Awards presentation ceremony at the Kuala Lumpur Convention Centre.

Subscribe to