Rakyat syukur tol tidak naik | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Rakyat bersyukur selepas beberapa lama berada dalam kegelisahan mengenai kemungkinan kadar tol  dinaikkan menjelang Januari ini, Kenyataan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, kelmarin bahawa lebuh raya utama tidak dinaikkan tol melegakan sebilangan besar rakyat negara ini.

Kerajaan perlu bersungguh-sungguh memikirkan kaedah terbaik bagi menangani isu kenaikan kadar tol ini. Benar, untuk tahun depan kita semua terselamat daripada kenaikan tol pada tahun berikutnya?

Saya ingin merujuk kepada cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Shahril Abdul Samad, bahawa kerajaan patut membeli terus saham syarikat konsesi lebuh raya di Malaysia dan mengenakan kadar tol yang sesuai bagi menampung kos penyelenggaraan lebuh raya berkenaan.

Cadangan Shahrir itu amat relevan demi menjaga masalah dan kepentingan rakyat. Rakyat memahami kerajaan tidak mampu membeli keseluruhan syarikat konsesi lebuh raya secara serentak atau dalam kadar segera seperti yang dikatakan Menteri Kewangan kedua sebagai respons di atas cadangan Shahrir.

Oleh itu, kerajaan perlu mengutamakan membeli saham daripada  syarikat konsesi yang membabitkan laluan utama saja dan yang sering digunakan oleh kebanyakan rakyat di negara ini.

Adalah diharapkan tahun depan kerajaan menimbang untuk memasukkan agenda ini dalam perancangan kewangan negara. Sekurang-kurangnya ia boleh meredakan keresahan yang sama daripada berulang setiap tahun.

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian