Tol KL - Putrajaya diumum
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya semalam bersetuju menetapkan kutipan tol bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya untuk semua kelas kenderaan berkuat kuasa jam 12.01 pagi tadi.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam menyebut, kadar tol yang ditetapkan ialah RM1.50 bagi kenderaan Kelas 1 (kereta), kelas 2 (lori kecil) RM3.00, Kelas 3 (lori besar) RM4.50, Kelas 4 (Teksi) 80 sen dan Kelas 5 (Bas) RM1.50 di Plaza Tol Salak Selatan.