Tol KL - Putrajaya diumum | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya semalam bersetuju menetapkan kutipan tol bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya untuk semua kelas kenderaan berkuat kuasa jam 12.01 pagi tadi. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam menyebut, kadar tol yang ditetapkan ialah RM1.50 bagi kenderaan Kelas 1 (kereta), kelas 2 (lori kecil) RM3.00, Kelas 3 (lori besar) RM4.50, Kelas 4 (Teksi) 80 sen dan Kelas 5 (Bas) RM1.50 di Plaza Tol Salak Selatan. 

Kadar tol di Plaza Tol Putrajaya pula ditetapkan pada RM2.50 bagi kenderaan Kelas 1, Kelas 2 (RM5.00), Kelas 3 (RM7.50), Kelas 4 (RM1.30) dan Kelas 5 (RM2.50). 

Pembinaan lebuh raya sepanjang 26 kilometer yang dikendalikan Konsortium Lapangan Terjaya Sdn. Bhd itu dimulakan pada Julai 2005 dan siap pada Jun 2007 dan mampu menjimatkan masa perjalanan dari 40 minit ke 15 hingga 20 minit. 

Ia mempunyai lima persimpangan bertingkat iaitu Kampung Pandan, Salak Selatan, Kuchai Lama, Bukit Jalil dan Putrajaya serta dan dua plaza tol. 

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian