Kerja Raya terima peruntukan RM4 bilion | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR 15 Jan - Kementerian Kerja Raya dijangka menerima peruntukan berjumlah RM4 bilion untuk pengurusan semua projeknya tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri S. Samy Vellu bagaimanapun berkata, jumlah itu dijangka masih belum mencukupi berbanding projek-projek yang perlu disiapkan.

"Secara keseluruhan, jumlah projek yang perlu dilaksanakan bernilai RM7 bilion," katanya selepas melancarkan perayaan Pongal Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Namun beliau yakin, kesungguhan para pegawainya di pelbagai agensi di bawah Kementerian akan mampu mengerakkan projek-projek yang terbabit.

Beliau juga mengumumkan bahawa semua peruntukan kementerian bagi tahun lalu hampir habis digunakan.

"Hanya tinggal sekitar RM20 juta sahaja lagi," katanya.

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia