Pengadang besi diganti selepas setahun menunggu
TAMAN INDAH PERDANA - Penduduk di sini tidak lagi hidup dalam kabimbangan kerana setelah lebih setahun menanti, akhirnya besi pengadang yang dicabut ketika kerja pembaikan Jalan Lingkaran Tengah (MMR) dekat sini dipasang semula.
Pengerusi MCA Cawangan Taman Indah Perdana, Chong Sock Guan mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang memasang semula pengadang besi itu.