Jurutera JKR perlu tegas | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dikehendaki supaya lebih bertanggungjawab ketika mengawal selia kontraktor yang diarahkan memperbaiki kemudahan asas dan infrastruktur yang rosak akibat banjir baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata JKR perlu mengarahkan mereka bersikap tegas menentukan kerja membaik pulih oleh kontraktor terbabit dilakukan mengikut kualiti seperti ditetapkan.

"Jurutera JKR hendaklan mengawal selia kontraktor dengan tegas supaya mereka tidak melaksanakan kerja dengan tergesa-gesa yang mengakibatkan mutunya yang dipertikaikan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian