Jawatankuasa bebas siasat bumbung stadium runtuh ditubuh - Shaziman
KUALA LUMPUR 5 Jun - Jawatankuasa bebas bagi menyiasat kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh yang ditubuhkan hari ini akan menyiapkan laporan awal siasatan selewat-lewatnya sebulan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, bagaimanapun jawatankuasa yang terdiri daripada 10 pakar pelbagai bidang itu dikehendaki menghantar laporan penuh kepada Kabinet dalam tempoh enam bulan lagi.
Beliau berkata, mereka juga bebas memberikan pandangan dan turut dikehendaki menyerahkan laporan susulan kepada kementeriannya setiap bulan untuk pemantauan.