Penarafan AA3 Besraya tidak dipengaruhi penghapusan tol
KUALA LUMPUR - Pemansuha kutipan tol di Plaza Tol Salak Jaya baru-baru ini tidak memberi kesan kepada penarafan AA3 kemudahan nota jangka sederhana atau kertas komersil (CP/MTN) Besraya (M) Sdn Bhd berjumlah RM100 juta, kata RAM Rating.
Dalam satu kenyataan, ia berkata pengecualian sumbangan perolehan Salak Jaya itu tidak di jangka menjejaskan langkah perlindungan hutang Besraya, setelah nisbah perlindungan pembayaran hutang syarikat masih diunjur pada minimum dua kali.