KUALA LUMPUR-Kerajaan tiada rancangan untuk menjual pengendali lebuh raya bertol, PLUS Expressway Bhd, (PLUS Expressway,) kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop semalam.
"Bagi pihak kerajaan, tiada rancangan untuk menjual lebuh raya bertol itu," katanya yang mengetuai Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
semasa menjawab soalan sama ada kerajaan telah menerima sebarang cadangan untuk melupuskan PLUS Expressway.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaiakan ucaptama di Forum Tahunan Khazanah Megatrends dan melancarkan buku bertajuk From Asian to Global Financial Crisis.
PLUS Expressways mengendalikan Lebuh Raya-Utara Selatan, lebuh raya terpanjang di negara ini.
Cabang pelaburan kerajaan ,Khazanah Nasional Bhd. memiliki secara langsung 23.66 peratus di dalam PLUS Expressway dan kepentingan secara tidak langsung 40.21 peratus melalui anak syarikat milik penuh Kumpulan UEM itu.
Nilai pasaran semasa kepentingan itu ialah RM 10.5 bilion.