SONG, SARAWAK – YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen P.215 Kapit hari ini merasmikan Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI (KAM) KKR 2024. Majlis turut dihadiri YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan Abd Khalid, Timbalan KSU (Dasar & Pembangunan) KKR; YB ADUN Katibas; serta wakil agensi dan komuniti setempat. Rumah Panjang Nanga Engkuah dipilih sebagai KAM selaras dengan Belanjawan 2024 yang menekankan pembangunan luar bandar dengan liputan kemudahan asas rendah.