SESI EXECUTIVE TALK KETUA SETIAUSAHA KKR: MEMPERKASA SINERGI KELUARGA RAYA DAN MENGEMUDI MASA DEPAN INFRASTRUKTUR NEGARA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SESI EXECUTIVE TALK KETUA SETIAUSAHA KKR: MEMPERKASA SINERGI KELUARGA RAYA DAN MENGEMUDI MASA DEPAN INFRASTRUKTUR NEGARA

KOTA KINABALU - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menganjurkan sesi Executive Talk Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya bertemakan “Sinergi Keluarga Raya: Merangkum Resolusi 2025 dan Mengemudi Masa Depan Infrastruktur Negara” sempena Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia bertempat di Le Méridien Kota Kinabalu, Sabah.

Program berprestij ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, bersama kepimpinan tertinggi Kementerian, Jabatan Kerja Raya (JKR), serta agensi-agensi di bawah “Keluarga Raya”.

Antara fokus utama sesi ini merangkumi:

i) Pengukuhan Sinergi Keluarga Raya: Menyatupadukan wawasan dan kepakaran pelbagai agensi di bawah KKR bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dan projek yang lebih efektif.

ii) Rumusan Resolusi 2025: Meneliti pencapaian serta merencana penambahbaikan strategi berimpak tinggi dalam penyempurnaan projek-projek infrastruktur negara.

iii) Mengemudi Masa Depan Infrastruktur: Menerapkan elemen pemodenan, teknologi hijau, digitalisasi pembinaan, serta ketahanan iklim demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

iv) Fokus Pembangunan Wilayah: Memastikan kelancaran dan kualiti projek infrastruktur kritikal di Sabah dan Sarawak seperti Lebuhraya Pan Borneo dan penyenggaraan jalan persekutuan.

YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi menegaskan bahawa kolaborasi erat dan sinergi padu sesama warga Kerja Raya merupakan teras penting dalam menyokong agenda Malaysia MADANI menerusi penyediaan infrastruktur yang mampan, selamat, dan berorientasikan kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4