Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Program Penilaian Bakat (Talent Assessment Program, TAP)

KLANG – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menganjurkan Program Penilaian Bakat (Talent Assessment Program, TAP) bagi pegawai kanan Gred J14 dan ke atas melibatkan tiga agensi di bawah KKR, iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

PRJN KKR PERKUKUH JALINAN DENGAN UNIVERSITI AWAM

KUALA LUMPUR – Pusat Rujukan Jalan Negara (PRJN), Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya telah menganjurkan Sesi Kedua Program Bersama Universiti Awam Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Melati, Aras 6, Blok B, KKR. Program ini disertai wakil daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA GULUNG PERBAHASAN DASAR BELANJAWAN 2026 KKR DI DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR  – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan  hadir ke Dewan Rakyat bagi menggulung perbahasan Dasar Belanjawan 2026 bagi Kementerian Kerja Raya (KKR). Sesi penggulungan tersebut melibatkan penyertaan sebanyak 70 orang Ahli Parlimen yang membangkitkan pelbagai isu berkaitan projek infrastruktur, penyelenggaraan jalan raya serta kesejahteraan rakyat di seluruh negara.

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MERASMIKAN CIDB QUEST AWARD 2025

KUALA LUMPUR - Satu Majlis penganugerahan anjuran CIDB Malaysia berlangsung di MITEC sempena International Construction Week (ICW) dan BuildXpo 2025, disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan. Beliau memuji konsistensi Sime Darby Property yang menjadi penanda aras industri.

CIDB turut mengiktiraf 262 pemenang daripada 132 projek melalui rangka kerja penilaian berikut:

 • QLASSIC: 142 pemenang

 • SHASSIC: 78 pemenang

 • MYCREST: 30 pemenang

 • Sustainable INFRASTAR: 10 pemenang

MESYUARAT STRATEGIK DUA HALA ANTARA KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KUALA LUMPUR - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah mempengerusikan Mesyuarat Strategik Dua Hala antara Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan Negeri Selangor hari ini, 29 Oktober 2025 jam 12.30 tengahari di Bilik Mesyuarat Tanjong, Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang sepatutnya hadir sebagai Pengerusi Bersama tidak dapat hadir atas urusan mendadak di saat akhir.

Subscribe to