KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2018: Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) bersama-sama dengan Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah menganjurkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Bersama YB Menteri Kerja Raya di Plaza Tol Loke Yew (arah Pandan), Lebuhraya BESRAYA sebentar tadi.