PLUS Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Kerja Raya 2022
SINTOK KEDAH, 10 SEPTEMBER 2022 - Kejohanan Sukan Kerja Raya Kali Ke-13 Tahun 2022 ditutup dengan rasminya oleh YBhg Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya bertempat di Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia.
Juara keseluruhan pada kejohanan kali ini dimenangi oleh PLUS Malaysia yang merangkul 4 emas, 7 perak dan 1 gangsa. Pada majlis tersebut juga, Johan bagi setiap 18 acara yang dipertandingkan menerima Piala Pusingan sebagai simbolik juara bertahan.
Kejohanan Sukan Kerja Raya Kali Ke-13 telah berlangsung selama 4 hari dari 7 hingga 11 September 2022 dan mendapat kerjasama JKR Negeri Kedah, Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia dan Universiti Utara Malaysia selaku tuan rumah lokasi penganjuran. Kejohanan dwitahunan ini melibatkan 24 kontinjen dengan seramai 1,687 orang atlet.
Pada akhir majlis telah diadakan acara menurunkan bendera kejohanan dan diserahkan kepada Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan KKR (KSKKKR), YBrs Izamael Zamzuri bin Ismail untuk dikibarkan pada kejohanan akan datang.
- Log in to post comments