Tiada Kenaikan Tol Bagi Pengguna Empat Lebuh Raya Melalui Cadangan Penstrukturan Semula Empat Syarikat Konsesi Lebuh Raya Di Sekitar Lembah Klang
Terowong dibuka semula
KUALA LUMPUR: Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart) yang ditutup sejak Khamis lalu, kini dibuka semula kepada pengguna jalan raya bermula jam 9 malam ini.
Pengurus Besar Operasi Syarikat Konsesi Smart, Mohd Fuad Kamal Ariffin, berkata kerja pembersihan serta baik pulih terowong itu dimulakan lewat malam Jumaat lalu selepas tugas mengeluarkan air daripada terowong selesai.
"Proses pengeluaran air itu agak perlahan berikutan paras air Sungai Kerayong yang tinggi," katanya.