Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jelajah FTRoadpedia Sabah — Tinjau Pembinaan Pan Borneo & Penyenggaraan Jalan Persekutuan #infrakeluargaMalaysia

Jelajah FTRoadpedia Sabah — Tinjau Pembinaan Pan Borneo & Penyenggaraan Jalan Persekutuan #infrakeluargaMalaysia

SANDAKAN, 27 MEI 2022 - Program FTRoadpedia anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) pada kali ini memberikan tumpuan di negeri Sabah di bawah bayu. Fokus utama Jelajah FTRoadpedia Sabah adalah untuk meninjau status pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dan isu penyenggaraan Jalan Persekutuan di negeri berkenaan.

Jelajah FTRoadpedia Sabah

Jelajah FTRoadpedia Sabah

PAPAR, 28 MEI 2022 - Hari kedua, Jelajah FTRoadpedia Sabah anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) diteruskan dengan perjalanan dari Kundasang ke Kota Kinabalu bagi meninjau perkembangan semasa Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof dan delegasi jelajah memulakan tinjauan di lokasi kerja pembaikan cerun di KM 88.0 Jalan Kota Kinabalu – Sandakan (Laluan Persekutuan 22) Ranau, Sabah, berdekatan simpang masuk Taman Negara Kinabalu.

Jejambat Batu 10 Dibuka Untuk Orang Ramai

Jejambat Batu 10 Dibuka Untuk Orang Ramai

KUCHING, 22 MEI 2022 – Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof hari ini telah merasmikan pembukaan Jejambat Batu 10 Seksyen Kuching Serian Road (KSR) yang merupakan sebahagian daripada projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Naik Taraf Hospital Tawau Dijangka Siap Menjelang Hujung Tahun Ini

Naik Taraf Hospital Tawau Dijangka Siap Menjelang Hujung Tahun Ini

TAWAU, 20 APRIL 2022 - Kerajaan sasar Projek Naik Taraf Hospital Tawau dapat disiapkan menjelang hujung tahun ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan terbaik untuk Keluarga Malaysia. Sasaran tersebut adalah berdasarkan perbincangan bersama kontraktor dan juga langkah-langkah pemantauan yang diambil Jabatan Kerja Raya Malaysia bagi memastikan kemajuan kerja mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Terowong SMART dibuka semula kepada lalu lintas

KUALA LUMPUR 26 Mac - Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) di sini yang ditutup selama empat hari sejak Sabtu lepas akan dibuka semula kepada lalu lintas mulai pukul 5 petang hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia, Ir. Ismail Md. Salleh berkata, hasil pemeriksaan dan perbincangan bersama pengurusan SMART mendapati terowong itu sudah berada dalam keadaan baik untuk dibuka kepada lalu lintas.

Repairs to MRR2 completed, all six lanes open

KUALA LUMPUR: Repairs to Pier 28 on the Middle Ring Road 2 have been completed. All six lanes are now open, including for use by heavy vehicles, said Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed.

?Investigations conducted by the ministry's Special Task Force and the German consultants verified that the Aug 3 incident did not affect the pillar structure or the crossbeam. There are also no other cracks detected.

?I am satisfied with the repair work. It is safe for use,? he told reporters yesterday after inspecting the flyover and paying special attention to Pier 28.

Tanah runtuh: Jalan Tun Sardon dari Relau ditutup

BALIK PULAU 7 Sept. ? Jalan Tun Sardon dari Relau menuju ke Balik Pulau terpaksa ditutup selama tiga hari sehingga Selasa ini kepada semua jenis kenderaan berikutan kerja-kerja  pembaikan jalan akibat tanah runtuh dan pokok tumbang.

Jurucakap urus setia Bilik Gerakan Bencana Daerah Barat Daya berkata, kenderaan yang ingin menuju ke Balik Pulau boleh menggunakan Jalan Teluk Kumbar-Genting atau Jalan Balik Pulau-Telok Bahang.

"Namun kenderaan berat tidak digalakkan menggunakan laluan itu untuk sementara waktu.

Subscribe to