24 Kontinjen Bersaing Di Sukan Kerja Raya 2022
SINTOK, KEDAH, 08 SEPTEMBER 2022 – Kejohanan Sukan Kerja Raya 2022 kali ke-13 telah dibuka secara rasmi oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya bertempat di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM).
Kejohanan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Kerja Raya (KSKKKR), Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah dan Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia ini melibatkan24 kontinjen yang terdiri daripada 1,819 orang atlet. Para atlet akan berkampung selama 5 hari bermula 07 September hingga 11 September 2022.
Terdapat 18 acara sukan dipertandingkan pada tahun 2022 berbanding 16 acara sukan yang dipertandingkan pada kejohanan Sukan Kerja Raya 2018 di negeri Perak Darul Ridzuan. Dua (2) acara sukan baharu yang dipertandingkan tahun ini ialah acara sukan Trail Run dan Road Bike.
Penganjuran acara sukan sebegini dapat memupuk semangat kesukanan seperti rasa hormat terhadap pihak lawan, rakan sepasukan serta pengadil, memupuk semangat berpasukan dan mengamalkan sikap bertoleransi. Semangat dan sikap ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian termasuklah semasa menjalankan tugasan di pejabat masing – masing.
- Log in to post comments