Langkau ke kandungan utama

Piagam Pelanggan KKR

PERNYATAAN PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN KERJA RAYA

Kami warga Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional serta menjamin kepuasan pelanggan dalam melaksanakan tugas-tugas teras dengan:

  1. Memastikan tindakan kawalan lalu lintas trafik disediakan dalam tempoh satu (1) jam bagi kerja-kerja kecemasan di jalan Persekutuan.
  2. Memastikan tindakan menampal lubang jalan (pothole) di jalan Persekutuan diambil dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari pothole dilaporkan.
  3. Memastikan aduan kerosakan kecil di Bangunan Gunasama Persekutuan diselesaikan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam selepas dilaporkan pengguna.
  4. Mengeluarkan keputusan permohonan mendirikan struktur paparan iklan di dalam rizab jalan Persekutuan dalam tempoh 120 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  5. Pembayaran bil dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  6. Memastikan akuan terimaan aduan (maklum balas awal) dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  7. Memastikan aduan kategori biasa diselesaikan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  8. Mengeluarkan senarai lokasi kerap berlaku kemalangan (blackspot) sebelum 30 Ogos setiap tahun.

*Dikemaskini pada 15 Februari 2024