Langkau ke kandungan utama

Piagam Pelanggan KKR

PERNYATAAN PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN KERJA RAYA

Kami warga Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional serta menjamin kepuasan pelanggan dalam melaksanakan tugas-tugas teras dengan:

  1. Memastikan tindakan kawalan lalu lintas trafik disediakan dalam tempoh satu (1) jam bagi kerja-kerja kecemasan di jalan Persekutuan.
  2. Memastikan syarikat konsesi mengambil tindakan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas Laporan Ketidakakuran terhadap Bangunan Gunasama Persekutuan dikeluarkan.
  3. Memastikan tindakan menampal lubang jalan (pothole) di jalan Persekutuan diambil dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari pothole dilaporkan.
  4. Mengeluarkan Surat Tawaran Bersyarat berkaitan permohonan mendirikan struktur paparan iklan di dalam rizab Jalan Persekutuan / Lebuhraya dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh keputusan YB Menteri Kerja Raya.
  5. Pembayaran bil bagi perbelanjaan mengurus dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  6. Mempamerkan Jadual Tawaran (JKR 28) dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tender/sebut harga ditutup.
  7. Mengedarkan keputusan Pihak Berkuasa Melulus (PBM) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas mesyuarat perolehan bersidang.
  8. Memastikan aduan awam yang diterima diselaras dan diberi maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  9. Memastikan aduan kategori biasa diambil tindakan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  10. Menerbitkan "Road Traffic Volume Malaysia" sebelum 30 Jun setiap tahun.

*Dikemaskini pada 21 Mac 2023