Langkau ke kandungan utama
1

YB Menteri Kerja Raya meraikan bakal Peserta dan Pakar Negara ASC 2014

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Majlis Perjumpaan YB Menteri Kerja Raya dengan Peserta dan Pakar Negara ASEAN Skills Competition Ke-10 (ASC) 2014 telah berlangsung di Bilik Tanjung, Tingkat 6, Blok A, Kompleks Kementerian Kerja Raya (KKR).  Majlis ini diadakan bertujuan memberi dorongan dan semangat kepada peserta-peserta negara yang akan bertanding bagi mengharumkan nama Negara dan KKR di pertandingan peringkat antarabangsa.

Pertandingan Kemahiran ASEAN  (ASEAN Skill Competetion- ASC) adalah merupakan acara dwi-tahunan yang diadakan secara bergilir melibatkan pembabitan warga kemahiran di rantau Asia Tenggara ini.  ASC ke-10 akan diadakan di Hanoi, Vietnam dari 19-29 Oktober 2014.  Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mempromosi latihan kemahiran dan memberi pendedahan kepada peserta, jurulatih dan pakar negara dari rantau ini kepada kemahiran dan teknologi terkini.

 KKR telah dipertanggungjawabkan untuk mengurusetiakan lapan bidang kemahiran yang melibatkan industri pembinaan dalam ASC ke-10 ini. Bidang-bidang tersebut ialah bidang welding, plumbing and heating, joinery, aircond and refrigeration, wall and floor tiling, bricklaying, Mechanical CADD design dan electrical installations.  Pemenang pingat di ASC ini akan berpeluang untuk mewakili Malaysia di World Skills Competition (WSC) yang akan diadakan di Sao Paolo, Brazil pada 2015 nanti.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita