Langkau ke kandungan utama
0

Timbalan Menteri Seru Warga KKR Sebagai Agen Publisiti Kementerian

Kuala Lumpur, 13 Mac 2024 – Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kerja Raya bagi Bulan Mac di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya (KKR).

Turut hadir dalam majlis ialah Menteri Kerja Raya, YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Bin Haji Zam Zam, dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan, YBhg. Dato’ Ir Haji Badioezaman Ab Khalik.

Timbalan Menteri KKR, YB Datuk Seri Ahmad Maslan telah menyampaikan ucaptama bagi Majlis Perhimpunan Warga KKR. Di dalam ucaptama beliau, Timbalan Menteri Kerja Raya menerangkan maksud MADANI iaitu Kemajuan, Peradaban dan Kemajuan. Kemajuan yang dinyatakan merupakan kemajuan dari sudut pemikiran, kebendaan dan kerohanian. Nilai yang baik seperti mampan, sejahtera, daya cipta, hormat, yakin dan ihsan menjadi teras kepada konsep MADANI.

Beberapa perkara telah dikongsikan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan di dalam perhimpunan pagi tadi antaranya mengadakan sesi pertemuan bersama pemegang taruh sektor penyenggaraan jalan raya bagi menerangkan tentang MYJalan. Kewujudan close-loop antara aduan yang diterima, penyaluran aduan dan penyenggaraan akan mengiktiraf MYJalan sebagai total solution dalam penyenggaraan jalan raya. Kewujudan close-loop antara aduan yang diterima, penyaluran aduan dan penyenggaraan akan mengiktiraf MYJalan sebagai total solution dalam penyenggaraan jalan raya.

Beliau juga bercakap soal No Wrong Door Policy dan Synergy in Action di mana 1 + 1 bukan 2 tetapi 3. Semangat ini ditekankan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya melalui amanat beliau supaya agensi-agensi di bawah KKR seperti Jabatan Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia untuk berkerjasama bagi menghasilkan impak berganda.

YB Timbalan Menteri Kerja menyeru Warga KKR menerapkan formula ABCDE dalam pekerjaan serta sikap supaya KKR dapat memberi hasil yang cemerlang. ABCDE diterjemah menjadi "Akrab, Bijaksana, Cekap, Dedikasi, Etika" dalam penyampaian perkhidmatan awam. ABCDE diterjemah menjadi "Akrab, Bijaksana, Cekap, Dedikasi, Etika" dalam penyampaian perkhidmatan awam.

YB Timbalan Menteri Kerja Raya juga menyeru agar seluruh Warga KKR dan agensi menjadi agen publisiti dlm mempromosi agenda, dasar dan program yang dilaksanakan oleh KKR dan agensi.

Tarikh Dan Waktu Acara