Penganjuran Program Highway Concession Conference (HCC) 2019
PULAU PINANG, 15 Julai 2019 - Persidangan Konsesi Lebuhraya (Highway Consession Conference, HCC) 2019 telah berjaya menarik minat 300 penyertaan daripada pemain industri lebuhraya dari dalam dan luar negara. Persidangan ini bertujuan untuk berkongsi aspirasi, pengalaman dan idea terhadap isu serta cabaran semasa yang dihadapi dalam industri lebuh raya bertol di Malaysia terutamanya berkaitan dengan aspek kewangan, operasi dan penyenggaraan lebuh raya.