Langkau ke kandungan utama
1

Sumbangan Segera PSKLM kepada Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR , 30 Disember – Bencana banjir besar yang telah melanda di beberapa buah negeri terutama di Pantai Timur mendapat perhatian Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Persatuan Syarikat – Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM).

Sehubungan dengan itu satu sumbangan segera yang berjumlah RM100,000 (Ringgit Malaysia: Seratus Ribu Sahaja) disalurkan untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Sumbangan ini dikumpul melalui semua syarikat konsesi lebuhraya secara kolektif yang amat simpati kepada bencana yang telah menimpa. Di samping itu juga, syarikat – syarikat konsesi secara individu turut membantu mangsa – mangsa bencara banjir ini mengikut kesesuaian program tanggung jawab sosial korporat masing – masing.

Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Zohari Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia kepada Majlis Keselamatan Negara bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Disamping itu juga, Persatuan Syarikat - Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia sedang berusaha untuk mengumpul sumbangan berjumlah RM300,000 secara keseluruhannya untuk membantu mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban kehidupan yang terjejas teruk akibat bencana itu.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita