Langkau ke kandungan utama
1

Seminar Memperkasakan Kualiti dalam Pembinaan oleh CIDB

KUALA LUMPUR, 30 Oktober  – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah menganjurkan Seminar Memperkasakan Kualiti dalam Pembinaan bertempat di Hotel Royal Chulan yang bertujuan memberi penerangan berhubung kualiti, keselamatan dan kesihatan dalam pembinaan kepada para peserta yang terdiri daripada penggiat industri binaan. Selain itu, seminar ini juga menjadi pentas perkongsian ilmu berhubung pelaksanaan Pindaan Akta 520 kelak.

Perasmian seminar telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof.  Pada majlis ini, Dato’ Sri Fadillah telah melancarkan logo baru Quality Assessment System in Construction (QLASSIC) iaitu sistem penilaian kualiti hasil kerja binaan yang berasaskan Standard Industri Binaan (CIS 7:2014) dan telah diperkenalkan oleh CIDB bermula tahun 2006.  Beliau turut menyampaikan anugerah kepada para penerima skor tinggi QLASSIC bagi projek pembinaan tahun 2013 dan 2012.

Seminar ini adalah yang keenam dan terakhir untuk tahun 2014. Ia turut dihadiri Datuk Seri Haji Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang turut serta dalam acara pemeteraian Memorandum Persefahaman sebagai Rakan Strategik pelaksanaan QLASSIC bersama sembilan syarikat lain.

Tarikh Dan Waktu Acara