Langkau ke kandungan utama
1

Seminar Intelligent Transport System (ITS) Malaysia 2014

SUBANG, 25 November - ITS Malaysia (ITSM), dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) telah menganjurkan satu seminar bertajuk “State of Industry and Future of Intelligent Transport System (ITS) in Malaysia” hari ini bertempat di Persada PLUS.

Seminar yang dihadiri oleh seramai 150 peserta ini  diadakan selama sehari. Tujuan seminar adalah untuk memberi fokus kepada industri ITS di Malaysia  supaya dapat memberi peluang dan keperluan kepada industri dalam meningkatkan kesedaran, komitmen dalam industri ITS  pada masa kini dan akan datang antara pihak awam dan swasta.

Antara objektif seminar adalah untuk menyediakan platform untuk agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dengan ITS berbincang dan bertukar pengalaman yang menjurus kepada keperluan industri dalam penggubalan dasar dan strategi pembangunan ITS di negara ini.

Perasmian seminar telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Ismail Md. Salleh, Presiden ITS Malaysia yang juga merupakan Ketua Pengarah LLM.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita