Langkau ke kandungan utama
1

Seminar GST kepada Kontraktor dan Usahawan Binaan Bumiputera

PUTRAJAYA, 2 September – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), sedang memperluas penganjuran Seminar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada Kontraktor Bumiputera (Gred G1 – G7) dan Usahawan Binaan Bumiputera di seluruh negara.

Seminar ini merupakan anjuran bersama Kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.).

Sebanyak 14 siri seminar telah dirancang untuk dilaksanakan bermula hari ini sehingga Disember 2014 dengan menyasarkan seramai 200 hingga 300 peserta hadir di setiap siri seminar.

Antara pengisian seminar ini adalah pendedahan dan penerangan berkenaan pelaksanaan GST oleh Kerajaan pada tahun 2015 serta impak dan faedah pelaksanaannya kepada industri pembinaan negara .

Pada seminar ini juga, para kontraktor dan usahawan binaan Bumiputera berpeluang mengetahui tatacara dan prosedur pendaftaran syarikat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pendaftaran e-voucher oleh pihak SME Corp.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita