Langkau ke kandungan utama
1

Seminar Construction On Peat Soil in Malaysia

KUCHING, 6 Mei - Seminar Construction on Peat Soil in Malaysia telah dianjurkan oleh Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) dengan kerjasama Research Centre for Soft Soils (RECESS) Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia (UTHM) bertempat di Kuching, Sarawak hari ini. Seminar yang berlangsung selama dua hari ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya mewakili YB Menteri Kerja Raya.

Seramai lebih daripada 130 orang peserta telah menyertai seminar tersebut yang terdiri daripada para penggiat industri pembinaan, pakar-pakar geoteknikal, profesional tempatan dan agensi kerajaan.

Tujuan seminar diadakan adalah untuk membincangkan secara terperinci projek pembinaan di tanah gambut di Malaysia dan melaksanakan projek penyelidikan bagi membangunkan Garis Panduan pembinaan di kawasan tanah gambut.

Projek penyelidikan yang sedang dijalankan ini juga bertepatan dengan inisiatif Kerajaan dalam melaksanakan Projek Jalan Pan Borneo di mana cabaran besar yang perlu dihadapi adalah masalah mendapan sebahagian besar jajaran di kawasan Sarawak yang diliputi kawasan bertanah gambut.

Selain itu, CREAM dan CIDB juga sedang menjalankan projek R&D bertajuk Sustainable Village and Affordable House Using Solar Energy for Rural Communities and Remote Areas bagi perkampungan mapan di Kompleks CIDB dan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Kuching, Sarawak. Projek ini bertujuan menonjolkan penggunaan bahan binaan yang lebih mesra alam dan berkonsepkan teknologi hijau.

 Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

 

Tarikh Dan Waktu Acara