Langkau ke kandungan utama
1

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat KKR 2014

KUALA LUMPUR, 6 November – Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid hari ini.  Penganjurannya adalah sebagai komitmen KKR untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan dikalangan warga Kerja Raya selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.  

Ucaptama dan perasmiannya telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Zohari Haji  Akob, Ketua Setiausaha KKR manakala ceramah berhubung kepentingan Bahasa Kebangsaan pula telah disampaikan oleh Tokoh Bahasa Kebangsaan, YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Borhan, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan.  Para hadirin turut berpeluang mendengar puisi bertajuk ‘Mitos Bahasa’ yang dideklamasikan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), YBhg. Datuk Dr. Haji Awang Sariyan.

Pada majlis itu turut diadakan pertandingan Deklamasi Sajak dan Nyanyian Puisi oleh para peserta daripada Kementerian dan Agensi.  Para pemenang telah diumumkan di akhir majlis dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Sarani Dollah, Timbalan KSU Pengurusan KKR.

Tarikh Dan Waktu Acara