Langkau ke kandungan utama
1

PKK dan CIDB akan Meneruskan Kerjasama Sejajar Strategi Lautan Biru

KOTA BELUD, 19 April – Kerjasama erat diantara Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan diteruskan sejajar dengan Strategi Lautan Biru (National Blue Ocean Strategy) bagi mengoptimumkan sumber aset dan peruntukan kerajaan.

“Kerajaan memperkenalkan kerjasama strategik pelbagai jabatan dan agensi melalui ‘NBOS’ yang bukan sahaja dapat memberikan impak tinggi kepada masyarakatmalah dapat menjimatkan perbelanjaan negara,” kata YB Datuk Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya ketikamerasmikan Program Khidmat Masyarakat Kerja-kerja Mengecat dan Latihan Praktikal Membaikpulih Pagar di surau Kampung Kulambai Dundau, di sini.

“Program ini juga telah berjaya mengumpul dan menarik minat lebih 300 orang kontaktor bumiputera Gred G1- G7 serta penduduk Kampung sekitar Kampung Kulambai Dundau, Kota Belud,”katanya.

KKR juga katanya lagi sedang mempergiatkan usaha bagi menggabungkan PKK dengan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) bagi mendapatkan gabungan yang maksimum dalam usaha untuk melaksana Agenda Pemerkasaan Bumiputera.

“Diharap dengan gabungan strategik ini nanti ianya dapat menangani segala perkara berkaitan kontraktor dan usahawan Bumiputera yang juga akan berperanan sebagai sebuah ‘one stop centre’,”katanya.

Image removed.

Image removed.Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Tarikh Dan Waktu Acara