Langkau ke kandungan utama
1

Perjumpaan KSU bersama Pegawai Muda KKR

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Sesi perjumpaan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P & P) Gred 41 dan 44 telah diadakan di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya hari ini dan telah dihadiri oleh seramai 70 orang pegawai.

Objektif sesi suai kenal ini adalah untuk mewujudkan komunikasi dua hala selain menjadi pentas perbincangan dan perkongsian idea baharu para pegawai muda dengan pihak pengurusan atasan.  Ini diharap dapat menerap semangat bergerak bersama ke arah haluan yang seiring dengan agenda transformasi Kerajaan.

Pada majlis tersebut, YBhg Datuk Zohari Haji Akob, KSU KKR turut menekankan pembudayaan Cepat, Tepat dan Berintegriti (CTI) dan Produktiviti, Kreativiti, Inovasi (PCI) dalam urusan kerja seharian setiap pegawai. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Sarani Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita