Langkau ke kandungan utama
1

Operasi Penguatkuasaan Bersepadu YB Menteri Kerja Raya

SUBANG, 8 Mei 2014 – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu melibatkan enam agensi kerajaan iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) dan Lembaga Jurutera Malaysia disini hari ini.

“Kita akan memberi penekanan kepada semua projek kerajaan supaya sentiasa mematuhi dan mengamalkan amalan baik berhubung kesihatan dan keselamatan di tapak pembinaan,” kata  YB Menteri Kerja Raya, Datuk Haji Fadillah Yusof  ketika mengetuai operasi penguatkuasaan bersepadu Kementerian Kerja Raya (KKR) di tapak pembinaan Kampus UniKL- Malaysia Institute of Aviation Technology (MIAT)

Menurutnya lagi jika didapati mana-mana projek kerajaan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak mematuhi kepada mana-mana undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan maka KKR akan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“JKR sebagai agensi pelaksana yang utama di dalam negara perlu menjadi contoh kepada agensi kerajaan lain serta pihak swasta dalam pematuhan kepada undang-undang dan garis panduan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Projek-projek kerajaan harus menunjukkan contoh terbaik dalam amalan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan untuk mewujudkan suasana pekerjaan yang selamat dan bebas dari sebarang kemalangan nyawa,” katanya lagi.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita