Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Rintihan kontraktor disuarakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Negeri Kelantan

Kota Bharu, 18 Jun 2023 – Timbalan Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, telah dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kelantan kali ke-46. Turut hadir dalam mesyuarat, Yang Dipertua PKMM Kelantan, Yang Berbahagia Datuk Hj. Mohd Rosdi bin Hj. Ab Aziz dan Presiden PKMM Yang Berbahagia Dato’ Seri Haji Mohamed Fadzill Bin Hassan.

Pembukaan Fasa 2 Lebuhraya SUKE dapat menyuraikan kepadatan trafik

Kuala Lumpur, 15 Jun 2023 -  Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah merasmikan pembukaan Fasa 2 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang melibatkan baki jajaran utama sepanjang 7.8 kilometer bermula dari Sri Petaling, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) sehingga Cheras-Kajang. Lebuhraya SUKE dibuka secara rasmi kepada pengguna bermula 12:01 tengah malam, 16 Jun 2023.

APMC 2023 Menjadi Platform Bagi Pakar-Pakar Tempatan Dan Luar Negara Berkongsi Idea Tentang Pengurusan Projek Dan Pengurusan Aset.

Petaling Jaya, 8 Jun 2023 – Persidangan Pengurusan Aset dan Projek (Asset and Project Management Conference – APMC) tahun 2023 yang bertemakan ‘Mentransformasikan Budaya    Penyelenggaraan Demi Kelestarian Aset’ telah berlangsung dengan jayanya pada 8 dan 9 Jun 2023. Persidangan ini bertujuan untuk memberikan perhatian terhadap pengurusan aset yang baik setelah sesuatu projek selesai.

5 Projek Naik Taraf Klinik Desa Berstatus Daif Berjaya Diserah Oleh KKR Kepada KKM

Machang, Kelantan, 3 Jun 2023 – Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Jenis 7 telah berlangsung di Klinik Kesihatan Mata Ayer, Machang, Kelantan pada 3 Jun 2023 yang lalu. Majlis Penyerahan ini dihadiri YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya dan YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan.

Subscribe to