Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Many road works endanger public

I HAVE to express my utmost concern over the hazardous manner in which our highway and road works contractors are managing road and public safety at their worksites particularly for the road users. 

Many contractors involved in upgrading works of our roads and highways do not observe road safety as shown by the inadequate and shoddy road signs, signals and markers placed at the worksite to warn motorists of hazards and dangers. 

'RM9.5j bina PTNP tak masuk akal'

GRIK: "Tidak masuk akal bangunan dengan 14 bilik penginapan menelan kos RM9.5 juta," kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, mengenai kos keseluruhan bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di Pulau Banding dekat sini yang runtuh, Selasa lalu. 

Tajol Rosli berkata, secara peribadi beliau kecewa dengan pelaksanaan projek itu daripada awal lagi kerana beranggapan bangunan itu tidak berdaya maju dari segi ekonomi. 

Second Penang bridge put on fast-track mode

A STEERING   committee has been set up by the government to fast-track building of the second Penang  bridge.

?We have not  received  official  notification  but  I am told that the committee will  be headed by former Works Ministry director-general Tan Sri Zaini Omar and various government agencies will also sit on the committee, UEM Builders Bhd managing director Datuk Ridza Abdoh Salleh told a media briefing in Penang last night. UEM Builders is the project concessionaire,

Kos naik: Projek jambatan Pulau Pinang tetap diterus

KERAJAAN akan meneruskan pembinaan projek jambatan kedua Pulau Pinang, walaupun kos pembinaannya dijangka meningkat.

Kos jambatan kedua Pulau Pinang itu dijangka meningkat sehingga RM4 bilion daripada kos asal kira-kira RM2.8 bilion, berikutan kenaikan harga bahan binaan di pasaran ketika ini. 

Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yakin kenaikan kos itu tidak akan menjejaskan perancangan awal kerajaan bagi menyiapkan jambatan sepanjang 24 kilometer termasuk 17 kilometer di atas air pada awal 2011 nanti.

Kadar tol untuk jangka masa panjang elak beban pengguna

KEMENTERIAN Kerja Raya mencadangkan di mesyuarat mingguan jemaah menteri baru-baru ini supaya kadar tol lebuh raya ditetapkan untuk tempoh masa lebih panjang bagi mengurangkan beban pengguna.

Menterinya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, dengan langkah ini, pengguna jalan raya tidak  akan dibebankan dengan kenaikan kadar tol setiap tiga hingga lima tahun seperti pada masa ini.

PM mahu projek untuk rakyat siap lebih awal

MIRI: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua agensi kerajaan menyiapkan pelaksanaan projek pembangunan di seluruh negara lebih awal daripada jadual asal supaya dapat dimanfaatkan rakyat. 

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan pelaksanaan segera projek itu hendaklah dilakukan tanpa menjejaskan kualiti kerja yang ditetapkan. 

Beliau berkata, kejayaan menyiapkan projek lebih awal dari tempoh yang dijadualkan, membuktikan kerajaan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik. 

RM 6 juta naik taraf Sungai Gasi

PETALING JAYA Penduduk sekitar Sungai Buloh dan Damansara Damai boleh manarik nafas lega setelah Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM 6 juta bagi menaik taraf Sungai Gasi di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Yong Dai Ying berkata, kerja-kerja naik taraf sungai sepanjang dua kilometer itu bertujuan mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan berkenaan.

"Projek itu akan bermula dari persimpangan tol Lebuh Raya  Baru Lembah Klang (NKVE) sehingga Sungai Buloh," katanya.

Tempoh naik kadar tol dikaji

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya sedang mengkaji untuk menetapkan kadar tol lebuh raya untuk tempoh yang lebih panjang bagi mengelakkan kenaikan yang terlalu kerap sehingga membebankan pengguna. 

Menterinya, Datuk Seri S Samy Vellu berkata, pihaknya berharap langkah itu akan dapat membantu meringankan beban pengguna daripada terpaksa berdepan kenaikan kadar tol setiap tiga hingga lima lima tahun seperti sekarang. 

 

Subscribe to