Langkau ke kandungan utama
Pengenalan
  • Pejabat Penasihat Undang-Undang, KKR adalah bertanggungjawab bagi mewartakan sesuatu perintah, notis, pemberitahuan atau pelantikan yang dibuat oleh pihak Kementerian Kerja Raya atau agensi-agensi di bawah Kementerian.
  • Setiap perintah, notis, pemberitahuan atau pelantikan yang dibuat tersebut tidak boleh dikuat kuasakan selagi ianya belum diwartakan.
Objektif

Tujuan risalah ini disediakan adalah sebagai panduan bagi menerangkan mengenai cara-cara dan proses yang perlu dibuat oleh pihak Kementerian atau agensi-agensi di bawah Kementerian apabila hendak mewartakan sesuatu perintah, notis, pemberitahuan atau pelantikan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan / penjelasan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Kerja Raya Tingkat 6, Blok B, Kompleks Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin 50580 KUALA LUMPUR.

Telefon: 03-27714600 Faks:03-27119863

File attachments
Proses Kerja (103.37 KB)
Required documents

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Bagi memastikan proses pewartaan dapat dibuat dengan mudah dan segera, setiap surat permohonan yang dikemukakan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang hendaklah mengandungi:-

(i)latar belakang lengkap permohonan;

(ii)tujuan pewartaan dibuat;

(iii) Setiap draf pewartaan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dalam 3 salinan bersama-sama dengan:-

(a)soft copy yang mengandungi format draf tersebut untuk memudahkan proses penyemakan

(b)Semua surat/dokumen sokongan yang berkaitan

(c) Cabutan minit mesyuarat (jika ada) yang berhubung dengan isu tersebut

(iv) Dokumen-dokumen hendaklah dikemukakan dengan lengkap dan disahkan.