PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEROLEHAN SIMULATOR HELIKOPTER AW139 BAGI KEGUNAAN PUSAT LATIHAN PASUKAN GERAKAN UDARA POLIS DIRAJA MALAYSIA, IPOH, PERAK
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
0326189869
NUR IZZATI BINTI ABDUL AZIZ
0326189869 / NURIZZATI.AZIZ@JKR.GOV.MY
BUMIPUTERA
T1
ME
E04, E11, E17 & E32
PUKONSA
KELAS: A, B
TAJUK: VII
TAJUK KECIL: 1,3
UPKJ
KELAS: I
KEPALA: VIIA
SUB KEPALA: 1
DIGALAKKAN
MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 25/11/2026
MASA TAKLIMAT: 10:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: SECARA MAYA- Pautan Taklimat Tender: https://meet.google.com/gci-wthi-nov
| MAKLUMAT DOKUMEN | |||
| HARGA | RM 100 | ||
| MAKLUMAT BAYARAN |
BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN. | ||
| TARIKH MULA DIJUAL | 01/12/2026 | ||
| TARIKH AKHIR DIJUAL | 10/12/2026 | ||
| TEMPAT DIJUAL | SISTEM JKR E-TENDER (JET) - ATAS TALIAN | ||
| WAKTU TUTUP JUAL TENDER | 05:00 PM | ||
| TEMPAT DITUTUP | SISTEM JKR E-TENDER (JET) - ATAS TALIAN | ||
| TARIKH TENDER DITUTUP | 31/12/2026 | ||
| WAKTU TENDER DITUTUP | 12:00 PM | ||
| NOTA | 1) KEBENARAN KHAS DARIPADA CIDB/UPKJ/PUKONSA TIDAK DIBENARKAN UNTUK PENGKHUSUSAN BIDANG KERJA YANG DITETAPKAN. 2) LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT TENDER: a) Tiada lawatan tapak untuk tender ini dan digalakkan sahaja. b) Taklimat Tender adalah secara ATAS TALIAN serta Kehadiran DIGALAKKAN. Pautan: https://meet.google.com/gci-wthi-nov 3) PENDAFTARAN KONTRAKTOR: a) Kontraktor yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPPK) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), UPKJ dan PUKONSA hendaklah masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya melebihi 3 bulan daripada tarikh tutup tender. b) Kontraktor tidak mempunyai kerja semasa yang ‘sakit’ serta bebas daripada rekod prestasi yang tidak memuaskan dari segi tempoh penyiapan projek serta kualiti kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dalam tempoh lima (5) tahun lalu. c) Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB / UPKJ / PUKONSA dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai tender ini. d) Kontraktor perlu mengemukan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) – Sijil akuan status pematuhan pembayar cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus “PATUH” dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan. e) Kontraktor perlu mengemukan Surat Akuan Syarikat dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (Lampiran B) yang dikemukakan bersama dokumen tender f) kontraktor perlu melengkapkan Borang Perisytiharan Pemunya Benefisial (Lampiran A) yang dikemukakan bersama dokumen tender. 4) SISTEM JKR E-TENDER (JET): Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET: a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my . Pendaftaran akaun pengguna kontraktor hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan. b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan Kata Laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender. 5) PEMBELIAN DOKUMEN TENDER: a) Petender yang LAYAK hendaklah membuat pembayaran menggunakan JOMPAY bagi pembelian Dokumen Tender dalam tempoh yang telah ditetapkan. Petender perlu memuat naik bukti transaksi melalui Sistem JET. b) Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format *pdf): i. Bukti pembayaran / resit bayaran (Slip JomPAY); dan ii. Bukti pembayaran / resit bayaran (Resit Penerimaan Bayaran Deposit Security);dan iii. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK);dan iv. Sijil Taraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Kontraktor ;dan v. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), CIDB atau Sijil PUKONSA atau Sijil UPKJ c) Dokumen tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. 6) PERINGATAN: Pejabat Mengurus Tender tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran, dokumen yang dimuat turun dan dokumen yang dimuat naik. | ||