Jenis Perolehan
Sebutharga
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan
KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH BILIK PENYUSUAN BAYI, BILIK RAWATAN KECEMASAN SERTA BILIK AKTIVITI OUTREACH DI PSNKL
Pejabat Yang Memanggil
PUSAT SAINS NEGARA
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Status Syarikat
Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor Darul Ehsan serta mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang
masih sah
Gred CIDB
G1
Kategori
B
Pengkhususan
B28
Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Harga Dokumen
RM0.00
Lawatan Tapak
- Taklimat sebut harga dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Penyebutharga hendaklah kemukakan Sijil Pendaftaran Asal Lesen Kewangan, CIDB (Perakuan Pendaftaran Kontraktor & Sijil Perolehan Kerja Kerajaan) & PKK (Sijil Taraf Bumiputera), SSM (Sijil
Pendaftaran Syarikat) ketika sesi pendaftaran. Surat Kebenaran Khas CIDB adalah TIDAK dibenarkan. Taklimat dan lawatan tapak akan diadakan seperti ketetapan berikut:
12 Jun 2026 (Jumaat)
10.00 pagi
Dewan Serbaguna, Aras 4, Pusat Sains Negara Kuala Lumpur(Perhatian: Kontraktor tidak dibenarkan menghantar wakil untuk hadir lawatan tapak)
- Harga Dokumen Sebut Harga adalah PERCUMA.
(Tempoh sah laku Sebut Harga adalah 90 hari dari tarikh tutup iklan ini).
- Dokumen Sebut harga akan dihantar melalui E-MEL RASMI SYARIKAT YANG BERDAFTAR DENGAN CIDB SAHAJA (e-mel persendirian tidak dibenarkan) yang didaftarkan ketika pendaftaran sesi taklimat dan lawatan tapak serta syarikat yang berjaya melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di para 2 bermula dari 12 Jun 2026 (Jumaat).
- Dokumen sebut harga dalam bentuk salinan cetak yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam satu (1) sampul surat dengan serahan tangan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Unit Pengurusan, Aras 3, Pejabat Pentadbiran, Pusat Sains Negara, Persiaran Bukit Kiara, 50662 Kuala Lumpur pada 26 Jun 2026 (Jumaat) sebelum jam 12.00 tengah hari.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-20893445 atau emelkan kepada norraini@psn.gov.my.