TAWARAN SEMULA PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK DAIF KEDAH (2024) - PEMBINAAN SEMULA BANGUNAN DAIF DI SEKOLAH KEBANGSAAN KALAI, SIK, KEDAH (KBA8011) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

TAWARAN SEMULA PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK DAIF KEDAH (2024) - PEMBINAAN SEMULA BANGUNAN DAIF DI SEKOLAH KEBANGSAAN KALAI, SIK, KEDAH (KBA8011)

Pejabat Yang Memanggil

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT KUALA LUMPUR

Status Syarikat

Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah.

 

Gred CIDB
G4 sehingga G7
Pengkhususan

E04, E11 dan E17

Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM0.00
Lawatan Tapak
  1. Lawatan Tapak dan Taklimat Sebut Harga adalah wajib. Taklimat Sebut Harga akan diadakan pada 10hb Jun 2026 (Rabu), jam 9.00 pagi yang akan diadakan di Pejabat Tapak , Sekolah Kebangsaan Kalai, Sik, Kedah. Hanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai taklimat dan syarikat tidak boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga. Syarikat yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai sesi taklimat Sebut Harga tersebut.
  2. Penyebutharga WAJIB mengemukakan TCC, Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO), Borang Akuan Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) bersama-sama dokumen sebut harga semasa mengemukakan tawaran. Penyebutharga boleh membuat semakan dan cetakan TCC secara kendiri melalui menu status MyTax di portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.qov.my. Portal MyTax boleh diakses menggunakan nombor kad pengenalan / passport dan kata laluan seperti mana pembayar cukai mendaftar masuk bagi tujuan pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP) melalui aplikasi e-filing. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus patuh dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan.
  3. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (Download) melalui pautan (Link URL) yang akan diemailkan kepada kontraktor yang menghadiri Taklimat Sebut Harga sahaja. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula 11hb Jun 2026 (Khamis) sehingga 18hb Jun 2026 (Khamis).
  4. Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar secara pos berdaftar atau kurier atau serahan tangan di alamat : JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kedah, Kawasan Perusahaan Mergong, 05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman. TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 TENGAH HARI, 25hb Jun 2026 (Khamis).
  5. Sebarang pertanyaan sila email ke nurulilyani@jkr.gov.my.
Tarikh Tutup